Setelah saudara & saudari kenal isi perut kamera & asas fotografi, barulah saya akan menceritakan sedikit sebanyak cara dan teknik untuk mengambil gambar2 majlis yang berkaitan perkahwinan. Kerana ramai yang membeli kamera dan memilikinya hanya tidak lain ingin membuat Full time / part time job fotografi perkahwinan.
Di dalam fotografi perkahwinan melayu, terdapat pelbagai adat resam dan juga banyak keunikan jika kita pergi ke daerah2 atau negeri2 yang berlainan tempat dengan kita. Jadi saudara & saudari jgan terkejut jika ada majlis 3 hari 3 malam ataupun 1 hari sahaja dan disini kekuatan mental & fizikal mesti mantap ; ).
Sebagai seorang Jurugambar perkahwinan seperti biasa kita tidak terlepas dari mengambil gambar2 seperti berikut :
1. Pre Wedding ( sewaktu dalam pertunangan selalunya ).
2. Make up.
3. Akad Nikah.
4. Majlis rumah perempuan.
- Belarak | Makan beradap | Family foto | Pelamin | Bilik
5. Outdoor sebelah perempuan.
6. Persalinan Baju.
7. Malam berinai.
8. Majlis rumah lelaki.
- Belarak | Makan beradap | Family foto | Pelamin | Bilik
9. Outdoor sebelah lelaki.
Jadi inilah rutin kita sebagai seorang jurugambar perkahwinan setiap kali musim perkahwinan ketika cuti sekolah ataupun hujung2 minggu. Fahamilah apa kehendak pengantin dan perjalanan majlis2 tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan