Selasa, 24 Julai 2012

Sebelum Majlis Seterusnya.

   Setelah selesai pre wedding shoot, luangkan sedikit masa bertemu bakal pengantin saudara & saudari. Seelok2nya seminggu sebelum majlis, ini kerana sebagai jurugambar perkahwinan saudara & saudari telah di amanahkan untuk merakam setiap detik kenangan majlis dari mula sehinggalah pengakhiran majlis tersebut. Saudara & saudari mungkin akan kenal dengan lebih mendalam lagi bakal pengantin saudara & saudari.

   Dengan ini sedikit sebanyak dapat gambaran awal bagaimana citarasa pengantin dan juga secara tidak langsung dapat mengetahui perjalanan majlis yang akan bakal tiba nanti. Ringan2kan mulut bertanya :

1. Akad Nikah bila ?? jam berapa ??
2. Make up Pukul berapa ?? Butik dimana ??
3. Dimana majlis akad nikah ?? Masjid or Rumah ??

   Peringatan ini mungkin buat diri saya dan saudara & saudari juga, kerana dengan mengetahui tempat & masa kita tidak akan terkejar2 dan sekurang2 dapat merehatkan diri sambil berfikir langkah2 seterusnya untuk shoot nanti insyaalllah. Selalulah senyum tidak kiralah saudara & saudari kenal ahli keluarga atau orang2 yang berada pada majlis2 bakal pengantin nanti. Senyumkan sedekah ; ).

   

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan